8 Simptom Kekurangan Vitamin C

Bismillahirrahmanirrahim..
Hari ini mengkaji sedikit sebnayak tentang Vitamin C nih..

Tahu ke Vitamin C ni tidak boleh dibuat di dlam badan manusia, tidak seperti haiwan yang boleh menghasilkan Vitamin C sendiri. Maknanya manusia mesti mendapatkannya daripada makanan yang dimakan seharian. Buah oren antara sumber Vitamin C yang boleh kita makan seharian.

Ada makan buah oren ni setiap hari ke????Hehe...Berapa biji???Banyak ke? Saya selalu juga makan, tetapi bukan hari-hari..sebiji atau dua biji kongsi-kongsi dengan suami terchenta.Haha.


Mari kita lihat simptom-simptom kekurangan Vitamin C ini di dalam badan:-

  • Keletihan - Pada peringkat awal, seseorang yang  kekurangan vitamin C akan cenderung untuk mudah letih dan kekurangan tenaga.Keletihan  kronik juga merupakan gejala beberapa penyakit  lain, jadi ianya bukanlah gejala khusus kekurangan Vitamin C dalam badan.
  • Perubahan 'mood' - Individu dengan kekurangan vitamin C boleh menjadi cepat marah atau selalu 'mood swing.
  • Berat Badan - Penurunan berat badan secara tiba-tiba.
  • Sendi dan otot sakit -Sakit kronik di kaki atau sendi boleh menjadi tanda-tanda kekurangan Vitamin C.
  • Lebam - Individu dengan kekurangan vitamin C akan cenderung untuk mudah lebam
  • Skurvi - Gusi senang berdarah, gusi tidak sihat.
  • Rambut dan kulit kering - Perubahan pada rambut dan kulit juga boleh memberi isyarat bahawa badan tidak mendapat cukup vitamin C dan vitamin serta mineral penting yang lain.
  • Jangkitan - Apabila seseorang individu tidak mempunyai vitamin C yang cukup dari masa ke masa, ia boleh memberikan kesan negatif ke atas penyembuhan luka dan melawan jangkitan.Secara umumnya sistem imun badan akan melemah.
Sebelum ini, saya bukanlah pengamal suplemen Vitamin C kerana mengandaikan cukuplah makan buah sahaja, akan tetapi, bila difikir-fikirkan, saya tidak mengambil hidangan buahan atau sumber Vitamin C yang cukup setiap hari, (kadang-kadang lupa nak makan buah...hihi), maka saya memilih untuk makan Vitamin C Shaklee setelah dekat setahun membuat pemerhatian ke atasnya..Bukan mudah nak percaya produk weh! Tak payah kempenlah apa pun, kalau saya tak yakin saya tidak akan berminat..haha...Yang pastinya, ianya daripada sumber bahan semulajadi bukan sintetik Itu yang saya suka!!!

khasiat vitamin c, vitamin c shaklee

Sustained Release Vita C- Vitamin C dibebaskan secara semulajadi secara berterusan!

Setiap tablet Vitamin C mengandungi 7.5 biji hidangan buah termasuk kulitnya (500mg) dan pembebasan 1.5mg Vitamin C tersebut ke dalam tubuh kita setiap jam. Ujian klinikal telah membuktikan Vitamin C di dalam 2 tablet Vitamin Shaklee (dalam jurang masa 5 jam) kekal dalam plasma darah selama 24 jam.

Setiap tablet mengandungi 120mg bioflavonoid (25% bioflavonoid diekstrak daripada kulit buah) yang juga dikenali sebagai Vitamin C complex.Ia mempunyai kemampuan meningkatkan Vitamin C dalam tubuh kita,melegakan inflamasi,menentang infeksi,bakteria dan radikal bebas.

Kebaikan Vitamin C Shaklee:-

  • Membentuk kolagen dan merangsang pembentukan kolagen.
  • Memperbaiki simptom pendarahan- kekurangan Vitamin C adalah penyebab gusi berdarah,lebam kulit,lambat pulih bila cedera,kult kering ,ruam kulit dan kulit kasar.
  • Peningkatan sistem imun-membina sel drah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik ,membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman,megukuhkan sistem imun juga menyingkatkan waktu pemulihan dan mengurangkan symptom flu dan selesema.
  • Memerangi kanser- antioksidan yang tinggi yang mampu meningkatkan interferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-Cells untuk melawan sel-sel kanser dan membuang bahan kimia yang berbahaya dari tubuh denga berkesan. Juga menghapuskan radikal bebas sebelum menyerang sel-sel kita.
  • Mencantikkan kulit- Membantu kulit lebih cerah, melambatkan penuaan dan meyekat pembentukan pigmen yang menyebabkan jeragat.
  • Memperbaiki insomnia- Membnatu memperbaiki insomnia , stress, masalah berkaitan mental seperti keresahan.
  • Mengekalkan kolesterol sihat – Ianya mampu mengurangkan kolesterol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghindarkan arteriosclerosis,thrombus,menghalang pendarahan dalaman,hidung berdarah,pendarahan serebral dan skurvi.
Alhamdulillah setelah sebulan konsisten makan Vitamin C ini, apa yang saya sendiri rasakan ialah:

  • Tidak selesema - sebelum ini sering selesema dan demam
  • Tidak batuk - sebelum ini batuk yang lama
  • Kurang gatal-gatal di muka dan seluruh badan- Saya alergik dengan habuk, kena habuk sedikit pun boleh gatal-gatal di muka.
  • Kulit semakin cerah dan parut berkurangan.
Sesiapa yang berminat untuk mencuba bolehlah hubungi saya ya.. Kita kongsi kebaikan ini,semoga saya boleh membantu orang lain untuk mendapatkan manfaatnya juga.

0 comment... add one now