EPO dan GLA Complex sama sahaja!

Bismillahirrahmanirrahim...
Ingin berkongsi apa yang diketahui...Semoga bermanfaat untuk semua.

" Saya dah makan EPO, GLA Shaklee sama je kan? "

Pernah dengar tak orang tanya dan kata macam tu?

Ok. Saya ingin ulangkaji semula apa yang dah belajar dulu-dulu..Adalah sedikit ilmu suatu ketika dahulu tentang ini. Haha..

GLA adalah singkatan kepada Gamma Linolenic Acid (Asid  linolenik gamma) yang juga sinonim dengan Omega 6.

EPO pula adalah Evening Primrose Oil yang di dalamnya juga ada mengandungi GLA..
 
Asid  linolenik gamma adalah asid lemak polyunsaturated (tidak tepu) , dan merupakan komponen penting dalam membran sel. Asid linolenik gamma juga penting dalam fungsi imun yang normal, sebagai pemangkin prostaglandin yang memainkan peranan yang baik dalam tindak balas keradangan.

Sumber-sumber yang paling banyak asid  linolenik gamma termasuk minyak evening primrose, minyak biji borage, dan minyak biji anggur. Sesetengah asid linolenik gamma boleh dihasilkan dalam badan, terutamanya daripada asid linoleik yang terdapat dalam beberapa minyak tumbuhan. Penukaran ini boleh dipengaruhi oleh banyak faktor, termasuk kekurangan vitamin dan mineral, merokok, pengambilan alkohol, makanan yang tinggi lemak tepu, dan beberapa jenis ubat.

Asid  linolenik gamma biasanya dihasilkan daripada minyak evening primrose, tetapi minyak borage kemudiannya telah terbukti mengandungi 2 hingga 3 kali tahap asid  linolenik gamma.

Borage


Apakah kepentingan GLA ini terhadap sistem badan kita?

Asid linolenik gamma adalah asid lemak perlu yang ditukarkan di dalam badan kepada hormon seperti sebatian yang dipanggil prostaglandin yang mengawal banyak fungsi badan (contohnya fungsi T-limfosit),di dalam sel darah putih untuk sistem pertahanan badan.

Apakah bukti yang ada untuk keberkesanan GLA?
  • Rheumatoid arthritis: Beberapa kajian klinikal, termasuk beberapa ujian klinikal dan salah satu analisis-meta telah menunjukkan manfaat daripada suplemen dengan GLA untuk pesakit artritis reumatoid. (Leventhal L, Boyce EG Zurier RB (1993) Treatment of rheumatoid arthritis with gamma linolenic acid. Ann Intern Med; 119(9):867-873.)
  • Gangguan Haid: Pelbagai kajian klinikal telah menunjukkan tahap asid lemak perlu yang tidak normal dikaitkan dengan gangguan haid, dan juga manfaat suplemen yang mengandungi GLA terhadap pra-menstrual syndrome (PMS) dan kesakitan payudara (mastodynia).(Horrobin DF (1983) the role of essential fatty acids and prostaglandins in the premenstrual syndrome. J Reproduct Med; 28(7): 465-468).
  • Mata Kering: Ujian klinikal telah menunjukkan GLA membantu gejala ketidakselesaan dan keradangan pada pesakit dengan sindrom mata kering.(Barabino S, Rolando M, Camicone P et al (2003) Systemic linoleic and gamma linolenic acid therapy in dry eye syndrome with an inflammatory component. Cornea; 22(2): 97-101)


GLA Complex Shaklee :

  • Diekstrak dari borage yang ditanam secara organik di kawasan Saskatchewan.
  • Setiap kapsul mengandungi 300mg GLA
  • Digabungkan dengan minyak bunga matahari dan Vitamin E (15 IU) untuk meningkatkan keberkesanan dan kestabilannya.
  • Kesegaran dan keberkesanannya terpelihara oleh ShakleeGuard (antioksidan semula jadi yang dipatenkan)
  • Kemampuan penyerapannya ke dalam sel dan tisu adalah tinggi.

Manfaat Utama :

  • Herba tradisi yang dipercayai - Membantu merawat ulser, serangan virus, membersihkan kahak,meringankan kebas urat saraf dan meningkatkan stamina.
  • Mengawal selia estrogen (hormon wanita) dan testosteron (hormon lelaki) -GLA membentuk prostaglandin untuk mengawal selia hormone lelaki dan wanita, memperbaiki simptom PMS seperti kesaitan, mood swing, retensi air dan sakit payudara.
  • Melambatkan menopous
  • Memperbaiki masalah prostat lelaki
  • Membantu menentang kanser- GLA adalah antioksidan yang meningkatkan sistem imun tubuh dan menghalang pertumbuhan sel kanser dan tumor.
  • Memperbaiki inflamasi kulit -Inflamasi seperti ekzema, alergi, juga bengkak yang terjadi akibat reumatisma dan artritis
  • Menghalang komplikasi diabetes- Merendahkan gula dalam darah, berkesan untuk diabetes semasa hamil dan di usia tua.Meringankan kebas kaki yang disebabkan oleh gula yang tinggi dalam darah.
  • Membantu pelangsingan dan menghalang pertambahan berat badan.
  • Menghalang tekanan darah tinggi - Menghalang pembekuan darah, merangsang peredaran darah.
  • Memperbaiki tekstur rambut-Meperbaiki rambut kering dan gugur.
GLA Complex


Kapsul GLA Complex
Banyak manfaat dan khasiat ciptaan Allah ini untuk tubuh manusia...tinggal buat kajian, guna sebaiknya untuk kesihatan dan kesihatan itu sangat perlu untuk kembali beribadah kepadaNya sebagai tanda syukur kita.

Insya Allah akan ada entri lain yang bercerita kisah suka-duka saya bersama GLA ini. Setakat ini dahulu. Jika berminat untuk merasai khasiat GLA ini boleh hubungi saya. Saya ingin membantu.

0 comment... add one now