Cuak! Hingus Dan Ketulan Darah Keluar Dari Hidung Setelah Minum Vivix

Bismillahirrahmanirrahim...

Kisah hari ini tentang vivix khusus untuk bacaaan diri sendiri (kenangan..haha) dan umumnya untuk pembaca.

Masuk 4 minggu dah saya mengambil vivix secara konsisten (konsisten ke?? ada la 2 ke 3 kali tak ikut time die..hehe).

Mula-mula, kawan dok promote vivix ni, bercerita tentang vivix ni...banyak betul ceritanya.Awal-awalnya, taklah teruja sangat nak makan vivix ni. Saya ni susah sikit nak percaya sebarang produk ni.Tambah-tambah kalau produk kecantikan.Haha.Tapi vivix bukan untuk kecantikan semata.

Tapi, disebabkan satu sebab....sebab nak anak, saya tawakal untuk beli vivix. (suami yang beli..biasalah tu kan...pakar bodek).

Kali pertama minum, rasa pening. Minum air masak banyak-banyak..so, ok lah lepas tu.

Seminggu kemudian, di suatu pagi ketika bangun dari tidur, saya rasa macam hidung berhingus. Tiba-tiba pula selesema.Rasa tak selesa Pelik.

google image
Di saat saya membuang hingus, 2-3 ketulan darah bercampur hingus tadi keluar. Alamak??? Kenapa pula ni?? Last berdarah hidung zaman sekolah rendah kot. Itupun, bila buat checkup, Dr kata tak ada apa-apa yang serius.

Saya tunggu di sinki lama..takut-takut masih ada darah yang keluar...memang lama sungguh tunggu rasanya, 1 jam...2 jam...satu hari berulang alik ke tandas nak tengok ada lagi tak darah yang keluar.Memang tak ada dah. Lega rasanya. Siap bagitahu suami yang masa tu tengah outstation sebab cuak sangat. Ya lah kan...bimbang sakit kronik yang kita tak tahu kan. Tapi sepanjang checkup, xde lah pula.

Cuma,apa yang saya perasan, kepala dan bahagian atas hidung rasa terrramat lega.Alhamdulillah...
Saya memang ada resdung, tapi taklah teruk sangat. Cuma bila makan belacan, budu dan cencaluk muka akan naik jerawat pasir dan gatal-gatal.Dan...berparut. Jadi hodoh mak. Makan udang,sotong dan lain-lain yang fresh tak ada masalah pun.Mungkin asbab itu, bila makan vivix, ianya bertindak balas.

Itulah pengalaman cuak setelah pengambilan vivix. Sehingga hari ini saya masih lagi istiqamah mengambilnya setiap pagi ketika perut kosong. Alhamdulillah, rasa makin sihat, kulit pun makin sihat dan nampak lebih bermaya. Taklah secantik Ayu Raudhah tu lagi.Tapi tak mustahil kan? Tunggu.... Haha..
Sebab kulit pun terdiri daripada sel-sel juga. Vivix ini bertindak hingga ke tahap selular level a.k.a bertindak sampai dalam sel tu...BACA LANJUT DI SINI.

Kesimpulannya, vivix ni memang recommended untuk sesiapa yang ada resdung dan yang terbaik adalah mengambil bersama set asas ESP, Vitalea, Vita C dan B-Complex atau boleh juga tambah Omega Guard dan Carotomax untuk kesan maksimum,Insya Allah...Tujuannya supaya sel-sel kita cukup makanannya untuk berkembang dengan sihat dan dalam masa yang sama mampu untuk melawan sebarang radikal bebas,virus, bakteria  yang menyerang tubuh kita setiap hari..

Wajib ke makan semua tu??? Tak pun, jika kita rasa pengambilan makanan kita seharian sudah cukup dan seimbang untuk aktiviti sel sihat kita tu tak payahlah makan suplemen bagai. Pernah ambil tahu ke cukup ke tak??? Haha..

Saranan saya, kalau kita jenis yang makan tak tentu, asal kenyang je, protin ke, karbohidrat ke,vitamin A,C, E, D,B ku tak ambil pusing..haha..sangat-sangatlah perlu untuk ambil suplemen. Tambahan pula, mutakhir ini terlalu banyak makanan yang tercemar, GMO lah, food additives lah, food colouring lah...yang merosakkan sel-sel badan kita. Insya Allah kita bincang di lain entri.


Bulan ni promosi vivix..Abang!!! Siap sedia..Kita borong banyak-banyak untuk kesihatan.Haha.. Di samping sihat, moga-moga ada berita gembira tahun ini. Amin. Amin. Amin..Teruja dengan kisah Master Nana sebenarnya.Alhamdulillah, dah nak bersalin pun..

Untuk yang ingin mencuba dan sihat bersama kami..boleh hubungi ya.

Wallahua'lam.

0 comment... add one now