Vivix Melambatkan Penuaan Pada Tahap "Selular Level"- Part 1

Bismillahirrahmanirrahim..

Antara produk Shaklee yang femes amos adalah vivix. Selain daripada harganya yang agak wow!... dan di minum oleh segelintir artis yang cukup sinonim dengan kecantikan kulit mereka, bagi saya ianya sangat berbaloi.

Sebotol vivix boleh bertahan selama sebulan bergantung kepada kuantiti pengambilannya. 
Rasanya yang memang sedap dan tidak dapat dinafikan, ada yang berpendapat, minum sebotol sehari pun tak kisah. Rm 400++ untuk sehari...haha..tidak menjadi masalah.

Mari kita tengok apa yang berkaitan dengan vivix ni. Apa yang istimewa sangat???Lama dah nak buat entri ini.Rasa seronok mengkaji tentang produk ini kerana keunikannya.Jom!

Sedikit Sorotan Tentang Vivix
Hasil penyelidikan canggih untuk menentang penuaan selular selama bertahun-tahunlah yang menemukan vivix. Ianya mengandungi adunan fitonutrien porprietari yang ditemui di dalam anggur mascardine - gabungan polifenol dan resveratrol menghasilkan ramuan yang 10 kali ganda lebih hebat daripada resveratrol semata untuk melambatkan mekanisma utama penuaan selular.

Vivix® Shaklee telah dibangunkan khusus untuk menangani mekanisme penuaan biologi, dengan bahan-bahan aktif yang disokong oleh kajian makmal terbilang. Bahagian Kesihatan Kanada (Health Canada) memerlukan human studies (kajian manusia) untuk menyokong semua klaim kesihatan terhadap non-traditional health sebelum sesuatu produk itu boleh didaftarkan sebagai produk kesihatan semula jadi untuk dijual tanpa menyalahi undang-undang.

Oleh kerana Bahagian Kesihatan Kanada (Health Canada) belum ada monograf  untuk produk anti-penuaan, maka kajian klinikal ke atas manusia (no double-blind-dilakukan oleh pihak ketiga,bukan Shaklee untuk mengelakkan bias) telah dilakukan ke atas Vivix untuk menyokong klaim anti-penuaan sebagaimana garis panduan terhadap klaim produk di Amerika Syarikat . Shaklee Kanada telah memutuskan untuk mendaftar Vivix sebagai produk antioksidan.

Klaim produk (Vivix) yang menyatakan ianya mengandungi bahan antioksida yang boleh digunakan sebagai penawar disokong oleh data saintifik  yang kukuh dan boleh diterima oleh penilai Kesihatan Kanada (health Canada).

sumber :Dr. L. Lee Coyne,Healthy Professor (http://leanseekers.com)


Definisi antioksidan

Jadi apakah sebenarnya  antioksidan? Ianya sebagai  "bahan dalam makanan yang ketara mengurangkan kesan buruk spesies reaktif, seperti oksigen dan spesies reaktif nitrogen, ke atas fungsi fisiologi yang normal pada badan manusia."

Istilah "spesies reaktif" secara saintifik merujuk kepada radikal bebas - kekal lama, serpihan molekul yang sangat reaktif yang boleh menyebabkan tindak balas rantai yang merosakkan  sel-sel badan kita.

Reaksi-reaksi ini boleh mempunyai kesan langsung kepada jangka hayat sel-sel dan kesihatan DNA dalam setiap sel. Antioksidan adalah bahan yang dapat menghentikan tindak balas ini dengan memusnahkan radikal bebas.
Ini contoh gambarajah mekanisma radikal bebas ni..

Apa yang radikal bebas lakukan ke atas sel badan manusia

Peranan Antioksidan ke atas sel badan manusia...protect...protect...
Sebab itu dikatakan (daripada hasil kajian Shaklee), Vivix mampu melindungi dan memperbaiki sellular DNA.

InsyaAllah akan ada entri lain khusus tentang radikal bebas ini.

Apakah itu vivix dan kandungannya?

Vivix ialah minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol. Vivix dihasilkan daripada gabungan 4 tumbuh tumbuhan:


Apakah itu polifenol?

Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.

Polyphenolic compounds adalah bahan semulajadi yang terdapat dalam kebanyakan tumbuh tumbuhan. Makanan yang kaya dengan polifenol termasuk bawang, epal,  anggur, strawberi, raspberi, blueberi, kranberi, dan sesetengah kekacang.

Apakah itu resveratrol?

Resveratrol (3,5,4'-trihydroxy-trans-stilbene) adalah stilbenoid, sejenis fenol semulajadi dan phytoalexin yang dihasilkan secara semulajadi oleh beberapa tumbuhan sebagai tindak balas kepada kecederaan atau apabila tumbuhan itu diserang oleh patogen seperti bakteria atau kulat.Sumber resveratrol termasuk kulit anggur, blueberi, rasberi, dan mulberi. Senang cerita antioksidan lah.


Bagaimana fitonutrien di dalam vivix melindungi kita daripada penyakit?

Phytonutrients berpotensi melindungi daripada penyakit kerana ia berfungsi sebagai:

  • antioksidan (pssst...boleh tengok semula gambarajah radikal bebas di atas..hehe)
  • menguatkan sistem immuniti
  • menggalakkan komunikasi antara sel kepada sel yang lain
  • mengubah metabolisma estrogen
  • menukar vitamin A (beta-carotene kepada vitamin A)
  • menyebabkan proses apoptosis(kematian) sel kanser
  • membaiki DNA yang rosak disebabkan merokok dan kesan terdedah kepada toksik.
  • pembuangan bahan karsinogenik melalui pengaktifan cytocrome P450 dan Phase II enzyme systems

Vivix telah dikaji secara mendalam melibatkan professor dari universiti terkemuka di Amerika. Ini adalah antara keputusan kajian oleh Shaklee berkenaan vivix yang menunjukkan ia hasil dari kajian terperinci oleh saintis di mana keberkesanannya jauh lebih baik berbanding resveratrol sahaja:

Melindungi dan memperbaiki selular DNA

Meningkatkan mitokondria (biogenesis-pembentukan baru)

Penuaan tidak dapat dihalang tetapi boleh dilambatkan...untuk hidup yang lebih sihat berkualiti..

Apakah status terkini berkenaan kajian melibatkan Phytonutrients?

Berdasarkan kajian komuniti yang telah dibuat secara umum (bukan yang dilakukan oleh shaklee-untuk mengelakkan bias), didapati peningkatkan makanan yang kaya dengan phytonutrients boleh jadi satu strategi untuk mengurangkan risiko kanser and penyakit jantung.

Polifenol banyak di dapati di dalam tumbuh tumbuhan, namun khasiat kesihatan polifenol hanya dikaji secara terperinci oleh pakar pemakanan baru baru ini. Sehingga pertengahan tahun 1990, kumpulan antioksidan yang banyak dikaji adalah antioksidan vitamin, karotenoid, dan mineral. Kajian berkaitan flavonoid dan polifenol yang lain, ciri ciri antioksidan mereka, dan kesannya kepada pencegahan penyakit benar-benar diketahui selepas tahun 1995. Flavonoid jarang sekali disebut dalam buku teks berkenaan antioksidan yang diterbitkan sebelum 1995.

Punca utama mengapa kajian mengenai polifenol ini lambat bermula ialah kerana struktur kimia yang sungguh kompleks dan berbeza-beza antara satu sama lain.

Apakah potensi polifenol?

Bukti terkini menunjukkan yang polifenol mencegah penyakit kardiovaskular, kanser, dan osteoporosis. Ini menunjukkan kemungkinan besar potensi polifenol untuk penyakit neurodegenerative diseases dan diabetes mellitus. Namun demikian penemuan saintifik masih diperingkat awal.Namun ada bukti saintifik yang menunjukkan flavonoid adalah “berpotensi untuk menurunkan risiko penyakit kardiovaskular dan bukti belum mencukupi secara kukuh untuk penyakit kanser dan banyak lagi kajian sedang dijalankan (WHO- Pertubuhan Kesihatan Sedunia).

Atas sebab ini ramai orang yang mengidap penyakit kencing manis, darah tinggi, SLE, Rheumatoid arthritis telah mencuba VIVIX. Kebanyakkan mereka mendapat kesan yang positif.

Baca testimoni saya sendiri di SINI.

Retis...
Kesan vivix..
Diabetes..

Insya Allah, saya percaya setiap penyakit ada harapan untuk sembuh kecuali mati..Tidak salah mencuba, namun wajib ada ilmu tentang produk, betul cara pengambilannya,betul masa pengambilannya. Pilihlah yang terbaik untuk diri kita.

Psst...Saya tidak berkongsi apa yang saya tidak makan, tidak guna dan tidak buat..

"Trying is believing..."

Untuk yang berminat, boleh hubungi saya. Saya akan terangkan daripada A-Z tentangnya. Saya suka berkongsi ilmu di bidang pemakanan ini walaupun sudah beberapa tahun meninggalkan research, industri-industri makanan yang saya cintai...hehe.Namun bidang ini dekat di hati saya.

Semoga bermanfaat.Wallahu a'lam.

0 comment... add one now