7 Mitos Dan Fakta Tentang Asma

Bismillahirrahmanirrahim..


Baru tahu, Lindsay Lohan pernah menderita asma. Walaupun mengidap asma ianya tidak menyebabkan pelakon yang pernah membintangi The Trap (1998), filem lakonannya yang pertama ketika berusia 11 tahun ini berhenti merokok pada masa itu! Entahlah, sekarang dah berhenti ke belum. Selebriti ini banyak juga menimbulkan kontroversi. Bolehlah baca sendiri ya gosipnya. Hehe.


image : www.amoils.com


Ada 7 Mitos dan Fakta Tentang Asma :

rawatan asma
Mitos Vs Fakta

Apakah itu asma ?

Asma merupakan sejenis penyakit paru-paru yang terjadi akibat radang dan penguncupan saluran pernafasan dan ia merupakan penyakit paling biasa dihidapi. Ia melibatkan saluran pernafasan (paru-paru). Mengikut statistik sebanyak 300 juta orang di dunia mengidap penyakit asma.Dipercayai jumlahnya akan meningkat seramai 100 juta orang lagi menjelang tahun 2025.

Gejala-gejala asma :

  • Apabila bernafas, akan kedengaran bunyi seperti orang bersiul terutamanya ketika menghembuskan nafas.
  • Batuk pada waktu malam atau selepas melakukan aktiviti fizikal. Adakalanya batuk tersebut dialami secara berterusan.
  • Dalam kes tertentu, ada asma yang tidak dapat ditahan kerana terdapat lendir pada saluran pernafasan yang sukar dikeluarkan.

Penghidap asma dikategorikan kepada :

  • Adult on set athma : Asma ini menyerang ketika seseorang itu sudah pun dewasa.
  • Golongan kanak-kanak

Asma merupakan gangguan pernafasan yang kronik apabila terjadinya :

  • Radang (Lendiran yang wujud di sekitar kawasan pernafasan)
  • Gangguan pernafasan ( ketegangan otot di sekitar saluran pernafasan)

Adakah asma dipengaruhi oleh genetik ?

Ya. Benar. Ia boleh diwarisi melalui salah seorang daripada ibu atau bapa kanak-kanak tersebut.
Selain itu, ibu atau bapa yang mempunyai alahan pada kulit (ekzema ) juga boleh mendorong anak mereka mendapat asma. Alahan pada hidung juga menjadi punca berlakunya asma di kalangan kanak-kanak.

Jika ibu hamil mempunyai asma , ia akan menyebabkan bayi yang dikandung tidak mendapat bekalan oksigen yang cukup.Tahukah anda, sebanyak satu per empat kanak-kanak yang mempunyai ibu bapa pengidap asma akan mengalaminya dengan lebih teruk? Satu per empat yang lain juga akan bebas asma. Manakala satu per empat lagi akan mendapat asma tetapi tidak seteruk ibu atau bapanya.

Ubat asma yang diberikan kepada pesakit :

  • Tablet ( jarang yang ingin mengambilnya kerana ianya memberi kesan sampingan kepada pesakit. Contohnya, tubuh pesakit akan menggeletar dan degupan jantung pun menjadi lebih laju dari biasa.
  • Inhaler Ventoline (digunakan semasa kecemasan)
  • Steroid ( untuk tujuan pencegahan)

Penyebab berlakunya asma :

  • Asap dan bau-bauan yang kuat (rokok, fragrance, bau yang kuat).
  • Kulat 
  • Debunga
  • Ubat- ubatan ( aspirin, naproxen, ibuprofen, propanol, bisoprolol, captopril dan lain-lain.Kawal pengambilannya dan dapatkan nasihat doktor.
  • Kutu atau hama
  • Lipas
  • Haiwan peliharaan (haiwan berbulu seperti kucing , arnab dan seangkatannya).

Namun begitu, asma boleh diubati secara semulajadi. Bagaimana? 

  • Lakukan aktiviti renang untuk menguatkan paru-paru anda
  • Pastikan anda mengamalkan kehidupan yang lebih bersih . Tidak boleh menggunakan permaidani yang boleh memerangkap habuk.Jika anda mempunyai ruang rumah yang kecil atau sempit, elakkan membela haiwan peliharaan.
  • Tingkatkan tahap imun badan untuk membantu mengurangkan radang.

Bagaimana untuk meningkatkan tahap imun badan secara semulajadi ?
  • Ubah diet harian. Pilih diet seimbang yang menyihatkan.
  • Ambil suplemen yang boleh membantu.

Apakah suplemen cadangan yang boleh membantu ? 

Buat pertama kalinya ditemui oleh Dr Yushiko Kojima dari Universiti Tokyo pada tahun 1954.
40 tahun kajian dan semakan semula beribu-ribu jenis sebatian dan lebih 200 jenis herba yang berlainan, Dr Kojima telah Berjaya membangunkan satu-satu interferon semulajadi di dunia yang dinamakan NUTRIFERON.


Ianya mampu mengoptimumkan tindak balas imun badan terutamanya terhadap serangan alahan bahan bawaan udara yang menyebabkan asma .



 Baca selanjutnya tentang NUTRIFERON di SINI


Testimoni pengidap asma yang mengambil NUTRIFERON ! Alhamdulillah. Terima kasih Pn Nurul.
UM sendiri ada testimoninya.Ianya menyebabkan UM jatuh cinta kali pertama pada NUTRIFERON.  Klik SINI. 

Bulan ini PROMOSI NUTRIFERON. BELI 6 FREE 1. Hubungi UM untuk dapat harga murah dan berpatutan !

Semoga bermanfaat dan dapat membantu semua yang memerlukan.

0 comment... add one now