Diari Kesuburan 6 : Awas ! Obesiti Perencat Kesuburan Lelaki Dan Wanita

Bismillahirrahmanirrahim...

Seringkali kegemukan, berlebihan berat badan, dan obesiti dikaitkan dengan kesuburan.
Persoalannya kenapa ramai juga wanita yang obesiti berjaya melahirkan anak. Dan sesetengah orang akan berkata , "Alah, boleh je dia pregnant, padahal dia lebih gemuk dari aku, sakit-sakit pula tu". Ya memang betul, ramai juga yang mengalami obesiti tetapi tetap melahirkan anak bahkan berderet-deret anaknya. Sekali lagi kita perlu ingat, rezeki Allah tidak mengenal siapa,diberikan kepada sesiapa yang Dia kehendaki.

Ada satu kisah yang kurang berkaitan dengan obesiti ni, boleh ya, nak bercerita juga. Ada satu pasangan suami isteri ini yang UM tahu dari cerita kawan baik, seorang doktor yang bertugas di salah sebuah klinik kesihatan di daerah ini (biarlah rahsia), kedua-dua suami isteri tersebut mengambil dadah. Si suami memang penagih tegar, isterinya tidak mengambil dadah semasa mengandung.Setiap kali membuat pemeriksaan kehamilan di klinik kesihatan tempat kawan UM berkhidmat itu, memang kawan UM kagum kerana si isteri tadi tidak pernah mengalami masalah seperti sesetengah wanita lain. Hb rendah, darah tinggi , diabetes ataupun anaemia ketika kehamilan adalah perkara yang biasa kita dengar kan?

Dan...jangan terkejut, mereka bukan sahaja memiliki seorang anak, bahkan beberapa orang anak, 3-4 orang anak !. Secara logik akalnya, dadah dan alkohol adalah antara yang merencatkan kesuburan baik lelaki mahupun wanita, akan tetapi, lain pula yang terjadi kepada pasangan suami isteri ini. Cuma, kata kawan UM, mungkin anak-anaknya akan mengalami 'brain damage' disebabkan dadah tadi. Allah ! Moga dipelihara anak-anaknya. UM menangis mendengar cerita ini.

Apa yang cuba UM kaitkan di sini, obesiti ataupun penyakit-penyakit lain cuma faktor, yang menentukan ada anak atau tidak adalah Dia Yang Maha Berkuasa. (Ooops! Haram minum alkohol dan ambil dadah! Hehe).

Walau apapun ceritanya, obesiti tetap menganggu kesuburan !




Apakah obesiti ?

Ianya suatu keadaan sekiranya lemak dalam badan sangat berlebihan sehingga mencapai tahap yang boleh mempengaruhi kesihatan.

Bagaimana obesiti boleh mempengaruhi kesuburan ?

1. Mengganggu hormon wanita

Bagi wanita yang mengalami obesiti , biasanya keseimbangan hormon akan terganggu. Kesannya, kitaran haid tidak teratur dan secara langsung menyebabkan ketidaksuburan.

Kajian menunjukkan peluang untuk hamil bagi kehamilan pertama akan merosot sebanyak 8 % jika seseorang itu berlebihan berat badan.

Peluang ini semakin menurun sehingga 18 % jika seseorang itu mengalami obesiti. Untuk kehamilan kedua dan seterusnya, peluang kehamilan akan merosot sehingga 16 % bagi mereka yang berlebihan berat badan dan 34 % bagi yang obesiti.

Wanita yang mempunyai BMI (Body Mass Index) 40 dan lebih, peluang kehamilan merosot sehingga 43 %. (Journal : Human Reproduction, December 2007).


2. Dikaitkan dengan PCOS (polycystic ovarian syndrome)

Kadar hormon FSH dan LH tidak cukup untuk mematangkan folikel telur dalam ovari. Keadaan ini menyebabkan ovulasi tidak berlaku. Baca tentang PCOS di SINI.

3. Penghasilan hormon estrogen yang berlebihan

Hormon estrogen yang berlebihan juga boleh mengganggu proses pematangan telur dalam ovari dan seterusnya menghalang proses ovulasi.

4. Menyulitkan proses bayi tabubg uji

Bagi mereka yang menjalani proses IVF (mendapatkan bayi melalui teknik bayi tabung uji) faktor obesiti boleh menyukarkan pemindahan janin ke rahim. Selain itu, peluang kejayaannya juga agak rendah berbanding wanita normal.

5. Mempengaruhi penghasilan sperma

Kegemukan akan mempengaruhi penghasilan sperma di mana ketidaksuburan akan meningkat sebanyak 10 % bagi setiap 10 kg berat badan yang berlebihan.

Biasanya, untuk rawatan kesuburan bagi mereka yang berlebihan berat atau obesiti, doktor akan menasihati pesakit (suami atau isteri atau kedua-duanya) untuk mengurangkan berat badan.


Mari kita lihat berat badan yang terbaik untuk lebih subur :

Rujuk carta di bawah untuk lebih mudah.


Bagaimana mengiranya ? Ikut sahaja formula ini. Yang penting anda tahu tahu tinggi dan berat badan anda. Mesti timbang berat dan ukur tinggi terkebih dahulu.






Selamat bermujahadah mengurangkan berat badan bagi yang berkaitan. Ada beberapa perkara yang perlu diperhatikan semasa proses menurunkan berat badan.

1. Mesti ada ilmu , tahu sistem badan dan metabolisma badan kita, apa keperluan makanan kita dan bagaimana badan kita bertindak terhadap makanan. Sebaiknya buatlah sedikit kajian.

2. Elakkan mudah percaya kepada sebarang produk untuk kurus cepat !. Kaji dahulu. Ada sesetengah produk yang boleh menurunkan berat badan dalam masa yang cepat, namun, berat badan naik semula jika tidak mengambil produk tersebut. Paling menakutkan jika produk tersebut mengandungi bahan-bahan merbahaya untuk kesihatan.

Anda percaya dengan ayat ini?, " Tidak perlu diet, makanlah apa sahaja.Anda tetap kurus jika makan produk bla..bla...Maaf UM sukar mempercayainya. Mungkin benar akan kurus, namun ianya seperti 'yoyo'. Sejujurnya, jika anda tahu bagaimana sistem badan kita berfungsi, anda juga pasti sukar untuk mempercayainya.

3. 3 perkara yang perlu dititikberatkan untuk menurunkan berat badan :

  • Ubah pola pemakanan harian
  • Lakukan senaman
  • Bantuan pemakanan tambahan (supplement) yang selamat.
Semoga bermanfaat untuk semua. Ikhtiar sampai berjaya. Doa itu satu kemestian.

Rujukan :
Understanding Nutrition , Ellie Whitney, Sharon Rady Rolfes 2008.
http://www.webmd.com
https://www.shadygrovefertility.com

0 comment... add one now