Nilainya Lebih Dari Sekadar Black Forest Cake!

Bismillahirramanirrahim..

2016. Makin berusia. Rumah kata pergi. Kubur kata mari. Tak gitu ?. Entri dah terlepas tarikh, tapi ingin ditulis juga sebagai tanda terima kasih.

Terima kasih adik-adikku kerana mengingati hari tuaku. Kalian menyedarkan kakakmu ini, bahawa makin sedikit umur yang berbaki untuk dimanfaatkan sebaiknya.

Sebiji kek blackforest di petang hari yang hujan renyai-renyai. Jauhnya sambut hari lahir kan ?.
Kebetulan berada di Puchong ketika itu. Singgah jumpa adik di UPM Serdang.

Malam sebelumnya, En. S belanja saya makan macam-macam. Bulatlah nanti. Hilang sudah pantang larang detoks bagai. Alhamdulillah..Haha..


Tara.... Tq Dek Nor dan Pi atas ingatan.


Kek sedap..


Partner birthday girl..ahaks..
Bukan kek mahal yang menjadi ukuran, bukan restoran mewah yang menjadi ukuran juga bukan mewahnya sambutan hari lahir yang menjadi ukuran. Tak sambut pun tidak mengapa. Tak 'wish' pun tidak mengapa bagi UM. Namun, ada beberapa perkara yang menjadikan UM muhasabah diri :-

1. Seiring meningkatnya usia, satu soalan yang perlu selalu ada di kotak fikiran "Sudah bersediakah kita untuk ke sana (alam akhirat) ? "

2. Nilai kebersamaan dengan keluarga yang tidak boleh disamakan dengan nilai ringgit. Bahagia bersama keluarga juga adalah rezeki dan kurniaan Allah yang wajib disyukuri. Harta yang banyak tidak boleh ditukar ganti dengan rasa 'bahagia'.

3. Sentiasa bersyukur. Apa pun yang Allah kurniakan kepada kita, baik ujian ataupun anugerah, bersyukurlah.

4. Banyakkan muhasabah diri. Jangan ego, fikir kita selalu baik dan hebat. Kerana Allah Maha Hebat, Maha Berkuasa,kita cuma hamba yang hidup ketika kita dihidupkan Allah dan sampai masanya akan kembali kepadaNya jua.

5. Hargai masa yang ada. Hargai apa yang ada. Hargai segala-galanya yang masih di depan mata. Jika tidak, pasti menyesal ketika ianya sudah berlalu dan tiada di depan mata.


Terima kasih semua...

Selamat bermuhasasabah !

Wallahu A'lam.

1 comment... add one now

Unknown Unknown February 10, 2016
Keluarga anugerah paling berharga. Sayang akak