Nota Kehamilan 1 : Tanda-tanda kehamilan fizikal dan bukan fizikal pada minggu pertama

Bismillahirahmanirrahim...

Bagi pasangan yang menanti-nanti kehadiran orang baru dalam keluarga, terdapat beberapa pemerhatian terhadap perubahan fizikal dan bukan fizikal yang boleh dibuat sekiranya kalian merancang untuk menimang cahaya mata. Dengan cara ini, mungkin risiko keguguran boleh dikurangkan. Ianya juga sebagai langkah pertama untuk menentukan jenis aktiviti fizikal dan pemakanan yang perlu diambil, dibuat, mahupun dielakkan.


Tanda-tanda kehamilan minggu pertama biasanya agak sukar diketahui karena ianya tidak pasti dan berbeza antara seorang individu dengan individu yang lain. Untuk menentukan adakah kehamilan berlaku atau tidak, tidak boleh berdasarkan pada satu atau dua tanda sahaja. Untuk mereka yang  hamil, tanda-tanda utamanya adalah sering mual dan kelewatan haid yang biasanya juga digunapakai sebagi parameter untuk menghitung usia kehamilan dalam minggu. Tetapi, ternyata belum tentu berlaku kehamilan dengan tanda-tanda itu. Terlambat haid dan mengalami mual-mual kadang-kadang juga berlaku bukan disebabkan oleh kehamilan.


Apakah tanda-tanda awal kehamilan secara fizikal? Antaranya ialah :

1. Terjadi Pendarahan

Salah satunya adalah terjadinya pendarahan yang di dalam dunia perubatan disebut sebagai implantation bleeding. Terjadinya pendarahan yang sedikit ini diakibatkan oleh proses implantasi  janin ke dinding rahim wanita.

2. Perut Terasa Sakit

Terjadinya cramp perut atau perut yang terasa sangat sakit juga menjadi salah satu kesan daripada implantasi janin ke dinding rahim wanita. Hal ini akan menyebabkan perut seorang wanita terasa sakit karena proses implantasi tersebut.

3. Perubahan Pada Payudara

Perubahan payudara pada wanita juga menjadi salah satu tanda awal kehamilan . Biasanya wanita yang sedang hamil payudaranya lebih sensitif dan akan terasa kurang nyaman saat terkena bra atau tersentuh oleh tangan. Secara fizikal ukuran payudara pun biasanya membesar dan lebih lembut. Perubahan hormon yang terjadi pada tubuh wanita yang sedang hamil juga menyebabkan puting terasa gatal dan membesar. Selain itu aerola juga menjadi berwarna lebih gelap atau menghitam.

4. Kekerapan membuang air kecil meningkat

Setelah terjadinya implantasi, tubuh akan menghasilkan hormon hCG yang akan menyebabkan kekerapan membuang air kecil meningkat. Hal ini akan berkurangan pada minggu ke 12 (akhir trimester 1) kemudian akan meningkat kembali pada minggu ke 27 (akhir trimester ke 2).

5. Mual dan Muntah

Selain sebagai petanda seseorang mengalami sesuatu penyakit, mual dan muntah yang sering dialami oleh wanita di pagi hari biasanya menandakan bahwa wanita tersebut sedang di awal kehamilan. Keadaan yang juga dikenali sebagai morning sickness ini pada umumnya memang terjadi pada waktu pagi, namun kemungkinan juga berlaku sepanjang hari.

6. Terlambat Haid

Tanda-tanda kehamilan yang satu ini adalah yang paling umum.Namun, ada juga perkara atau penyakit lain yang menyebabkan kelewatan haid seperti stres dan PCOS (polycystic ovarian syndrome).

Apakah tanda-tanda awal kehamilan yang bukan fizikal?

Selain perubahan fizikal yang dialami oleh wanita hamil, terdapat juga tanda-tanda kehamilan lain seperti.

1. Mula Mengidam

Pada masa kehamilan minggu pertama, biasanya wanita yang sedang hamil akan mengidam makanan tertentu.  Mengidam ini biasanya tidak hanya terjadi sebagai tanda awal kehamilan sahaja, tetapi biasanya terjadi sehingga kandungan berusia 9 bulan. Perlu untuk diingatkan, ibu hamil juga mestilah memilih makanan terbaik yang cukup nutriennya sepanjang kehamilan bukan hanya mengikut nafsu mengidam!

2. Deria Bau Lebih Sensitif

Wanita yang  hamil  biasanya sangat sensitif terhadap bau-bau tertentu. Antara bau-bau yang biasanya tidak disukai oleh wanita hamil ialah  asap rokok, minyak wangi, bawang putih dan bau-bau yang terlalu menyengat. Namun, tidak menutup kemungkinan si wanita juga secara tiba-tiba menyukai bau-bau tertentu.

Apakah yang perlu dilakukan jika anda mengalami tanda-tanda di atas ?
 
1.Lakukan ujian air kencing. 

Penggunaan UPT (urine pregnancy test) pack boleh membantu. Namun, seringkali di awal kehamilan ianya menunjukkan keputusan yang negatif bergantung kepada tahap hormon HCG dalam badan kita. Boleh menggunakan UPT Pack yang lebih mahal seperti Clear Blue ataupun mana-mana jenama yang dibeli di farmasi atau yang dipercayai.

2.Jumpa doktor.

Berjumpa dengan doktor seawal mungkin adalah langkah yang paling selamat untuk mereka yang mempunyai sejarah keguguran seperti UM dan mereka yang sudah lama menanti kehadiran cahaya mata. Ianya bermanfaaat untuk mengelakkan keguguran berulang dan mengetahui lebih awal apakah yang perlu dilakukan untuk memastikan kehamilan berlangsung secara normal dan sihat.

Doktor akan membuat beberapa ujian darah untuk menentukan hormon hCG (human Chorionic Gonadotrophin) yang dirembeskan oleh badan wanita hamil. Jika hormon ini meningkat secara mendadak,bermakna kehamilan itu sihat, jika tidak, berkemungkinan besar, kehamilan itu mengalami keguguran.

Ini kerana, tahap hormon ini meningkat sehingga minggu ke 10-12 dan akan semakin berkurangan selepas itu.

Namun, ujian ini hanya untuk menentukan wanita itu hamil atau tidak sahaja. Untuk menentukan proses kehamilan berjalan dengan baik, doktor akan menjalankan ultrasound. Baca selanjutnya di SINI.

3. Menitikberatkan soal pemakanan

Makan makanan yang berkhasiat yang diperlukan untuk perkembangan kehamilan yang sihat. Elakkan makanan yang tajam seperti nenas dan sebagainya juga sebarang ubat-ubatan yang boleh memberi kesan kepada kehamilan.

4. Awasi aktiviti fizikal anda !

  • Elakkan melakukan aktiviti-aktiviti terlalu lasak. 
  • Elakkan mengangkat barang yang berat.
  • Banyakkan rehat
5. Banyakkan doa dan solat hajat memohon Allah memberikan yang terbaik untuk kita.


Nak tambah doa yang ini pun boleh. Hihi. Segalanya dalam kekuasaan Allah S.W.T.


Nota kehamilan ini, adalah berdasarkan tanda-tanda kehamilan secara umum,mungkin berbeza antara seorang wanita dengan wanita yang lain. Malah ada yang tiada tanda langsung! Sedar-sedar dah dua bulan mengandung! Ada kes macam ni, tidak kisah sangat tentang kelewatan haidnya. Kalut menjaga anak-anak yang sudah ramai,rupa-rupanya hamil lagi ! Ini kes yang berlaku kepada jiran UM.

 
Nota kehamilan ini juga menjadi catatan peribadi UM,untuk rujukan UM, semoga ianya juga memberikan manfaat kepada semua. Amin.

Wallahu 'lam.





0 comment... add one now