Lepak Bersama Suami Dan Penulis Di Teluk Cempedak

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah, Allah kurniakan kesihatan dan kekuatan untuk terus hidup, beribadah dan melakukan aktiviti yang diminati bersama keluarga.

Cuaca panas tidak menghalang kami lepak-lepak di hujung minggu di Teluk Cempedak. lama dah tak pergi. Seingat UM zaman awal-awal kahwin dulu la pernah sekali. Hihi...

Asalnya husband demam, panas badannya, namun, sehari sebelum ke Teluk Cempedak, UM paksa dia telan Vitamin C, Alfalfa dan minum air masak banyak-banyak. Alhamdulillah, demam hilang, sakit tekak pun hilang. Beria dia pergi ke klinik, bawa balik antibiotik, tapi dia simpan di penjuru dinding, tak nak makan katanya. Alhamdulillah, pagi Sabtu, segalanya berjalan seperti yang dirancang.

cewah....lama tak bergambar berdua ala-ala malu gittew...

Pekena tomyam campur....banyak kuah dari isi...haha...bersyukurlah !...


Sambil menyelam minum air.... Jumpa juga Jue a.k.a Junaidah Ahmad, penulis berbakat ni...Sekarang merangkap business partner UM..Muahaha.. Selamat maju jaya ye Jue...

Banyak yang kami bincangkan. Alhamdulillah, walaupun tidak sempat 'cover' kesemuanya, hampir 75 % boleh dikatakan selesai. Namun, biasalah kan, dunia bisnes ini setiap hari kita akan belajar sesuatu yang baru...



Apakah motif tangan duk macam itu?? Haha, Memanglah UM tidak pandai 'posing' kalau bergambar. Kaku.

Hampir 3 jam lebih pertemuan kami. Sangat berterima kasih kepada En. Suami kerana sabar menunggu sambil buat kerja dia. Haha.



Jue, antara penulis dalam Antologi Cerpen Akhirnya Aku. Boleh dapatkan buku  ini daripada beliau beserta tandatangan kasih sayang yang cantik. Muahaha...

Tiada gambar kami di tepi pantai. Panas. Sayang muka yang baru nak cantik. (Perasan!!!).

Sekian. Jumpa entri hot yang lain.

0 comment... add one now