Resipi Rendang Ayam Sedap Mudah Dan Cepat

Salam Eid Adha semua...hari ini hari kedua raya haji untuk tahun 2016 ini kan...

Semalam dah licin rendang ayam di rumah mak. Banyak juga masaknya tu, tapi memang tradisi keluarga kami, selepas solat hari raya di surau arwah ayah, pasti jemaah akan berpusu-pusu berkunjung ke rumah kami. Edisi menjamu selera.

Dari zaman arwah ayah masih ada. Dari zaman UM masih kecil tak reti buat apa-apa. Yang tahu seronok ramai orang naik atas rumah kita lepas solat dan suasananya sangat meriah dengan kawan-kawan arwah ayah dan mak. Untung kalau mereka datang solat bawa anak-anak yang sebaya UM, boleh ambil peluang main congkak dan sebagainya. Nasib anak bongsu kakak-kakak dah besar tak mahu layan kita main sangat masa tu kan.. Haha..Seronoklah kalau ada kawan. Hari raya pun boleh lesap terjun sungai.


Berbalik kepada cerita rendang, semalam buat rendang resepi sendiri.Sedap. Tapi kali ini ingin mencuba resepi CMG pula. Mungkin lebih  sedap rasanya.

BAHAN-BAHANNYA : 

1 ekor ayam daging, potong ikut suka, cuci bersih dan toskan
2 batang serai, diketuk
4 helai daun limau purut
2 helai daun kunyit, disiat
2 helai daun kunyit, dimayang halus
1 keping asam gelugor
20 biji cili padi, belah 2 setiap 1
1 camca teh gula melaka
1 liter santan pekat
1/2 cawan cili kisar
1 camca besar penuh ketumbar biji*
1 camca teh jintan kasar*
1 camca teh jintan halus*
1/2 camca teh lada hitam*(*digoreng tanpa minyak, kemudian kisar halus)
1/2 biji buah pala (nutmeg), diparut
Garam secukup rasa
Air jika perlu

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :

2 biji bawang besar
6 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
4 batang serai, hiris halus
1 1/2 inci halia
1 inci lengkuas
4 biji buah keras, hiris
1 inci kunyit hidup

CARA MEMBUATNYA :

  1. Panaskan 1 cawan minyak masak.
  2. Tumis serai yang diketuk dengan cili kisar hingga cili garing.
  3. Masukkan bahan2 kisar halus, kacau dan masak hingga naik minyak, guna api kecil dan kacau sentiasa.
  4. Masukkan rempah yang dikisar halus dan parutan biji buah pala, kacau dan masak sekejap.
  5. Masukkan ayam, gaul tata dan masak hingga ayam kecut.
  6. Tuang santan dan tambah sedikit air (anggaran 1 cawan). Gaul rata, masak dengan api sederhana hingga pekat.
  7. Masukkan asam gelugor, gula melaka, kerisik, daun limau purut dan daun kunyit yang disiat. Kacau dan masak hingga kering.
  8. Tabur hirisan daun kunyit dan cili padi, kacau, rasa, jika ok boleh matikan api.
  9. Hidangkan rendang ayam bersama pulut kuning, ketupat, dan sebagainya.


Resepi ini merujuk kepada pakar memasak CMG di www.tiffinbiru.com. UM pakar penyediaan pola pemakanan harian, pakar makan, bukan pakar dalam memasak. Haha.

Lepas makan rendang banyak-banyak, layan nafsu makan yang meraja ni, haruslah back to amalan pemakanan yang sihat.

Makan biarlah berpada-pada dan sederhana.

Jom cuba resepi ini !

Lepas ni, nak tahu cara buang lemak boleh contact UM ye...hihi.

0 comment... add one now