Theme Baru Semangat Baru !

Alhamdulillah. Syukur sangat-sangat hari ini selesai pengubahsuaian teratak UM ini. Berhabuk dah gamaknnya. Lama sungguh tak update apa-apa walaupun banyak rasanya benda nak tulis dan share.
Terima kasih Tuan Shah Danial, install theme ini untuk UM. Ada beberapa sebab yang menyebabkan UM menukarnya walaupun sedih nak berpisah dengan 'baju' lama. Uhuk..uhuk..
Tapi, demi kebaikan di masa hadapan, mudah-mudahan ianya lebih memberi manfaat. InsyaAllah.


Guten Abend !
Selamat Petang !

Entah betul ke tidak...haha, ada orang ajar UM tau. Baha German katanya. Kita pun explore la..

Ok. Baiklah.

InsyaAllah blog ini akan lebih banyak bercerita tentang isu-isu kekeluargaan, kesuburan, kehamilan, berpantang, menyusu, menjana pendapatan dari rumah sambil mendidik anak-anak. Ianya merupakan pengalaman sendiri, pembacaan dan kumpulan pengalaman orang lain juga yang UM kumpulkan untuk dijadikan panduan bersama.

Isu umum kesihatan, pemakanan sihat ,resepi sihat, detox, kecantikan, cara turunkan berat badan dan keselamatan di rumah juga UM kongsikan. Cuma ianya akan bersiaran di rumah lain dengan tema Eat Clean Live Better di lobakungu.com. Mudah-mudahan ianya menjadi saham akhirat UM melalui ilmu yang dikongsikan. Amin..amin..

Gambar baju lama ummumarjaan.com. Simpan sebagai kenangan. Hehe.





Tak jauh beza pun sebenarnya kan? Hehe.

Wallahu a'lam. Moga diberi kekuatan dan kesihatan untuk menulis lagi. Amin.

0 comment... add one now